
Main golf sambil beramal
BUKIT KATIL 2 September – Kejohanan Golf Amal Alumni 4B Malaysia Piala TYT di Tiara Melaka Golf & Country Club, di sini, baru-baru ini berlangsung meriah dan penuh semangat kesukanan.
Program anjuran Biro Sukan dan Rekreasi Alumni 4B Malaysia itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan badan korporat dan alumni.
Pada masa sama ia juga diadakan bagi mengumpul dana untuk disumbangkan kepada ahli-ahli Alumni 4B Malaysia yang memerlukan.
Kejohanan itu juga turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Sebanyak 15 hadiah disediakan bagi kategori individu, selain turut mempertandingkan hadiah ‘Novelties’ dan cabutan bertuah.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi penaja utama kejohanan tersebut dengan menyumbangkan sebanyak RM40,000.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT ‘SERBU’ BAHULU WARISAN KAMPUNG JERAM
TANJUNG BIDARA 20 September - Suasana di premis Bahulu Warisan di Kampung Jeram, di sini, bertukar meriah apabila menjadi persinggahan...

