Majikan tidak boleh abai penginapan pekerja

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SUNGAI RAMBAI 31 Januari – Penguatkuasaan dan penekanan yang serius perlu diberi tumpuan oleh semua agensi yang terbabit dalam memastikan penginapan pekerja mematuhi akta serta undang-undang ditetapkan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, penginapan yang selesa dengan penyediaan kemudahan asas seharusnya perlu menjadi fokus utama majikan terhadap pekerja mereka.

Selain itu, jelasnya, ruang penginapan juga perlu dipertingkatkan oleh pihak majikan dari semasa ke semasa dan bukannya sekadar menyediakannya ala kadar tanpa mengikut garis panduan ditetapkan.

“Semua majikan seharusnya perlu mematuhi pematuhan undang-undang yang ditetapkan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) dalam penyediaan penginapan kepada pekerja.

“Justeru itu, agensi yang berkaitan bukan sahaja JTK tetapi pihak berkuasa tempatan juga perlu memainkan peranan bagi memastikan setiap premis penginapan ini mempunyai perakuan dan lesen sekiranya perkara sama masih berlaku tindakan tegas perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai operasi di kilang perabot yang turut dihadiri Pengarah JTK Melaka Naziyah Said, di Sungai Rambai, semalam.

Menurut Hee Sem, dalam soal kebajikan pekerja, majikan juga perlu menitik beratkan meliputi beberapa aspek antaranya kesihatan, kebersihan dan keselamatan tempat tinggal pekerja mereka.

“Sekiranya terdapat majikan yang masih belum faham atau sangsi tentang penginapan pekerja mereka boleh tampil mendapatkan nasihat bagi memastikan penginapan mereka sediakan kepada pekerja menepati syarat termaktub di bawah Akta 446,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

518
Kongsi :
Previous post Raja-Raja Melayu tiba di Istana Negara untuk hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja
Next post Sultan Ibrahim lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Ubah saiz-+=