MAKAF mahu akhiri penantian pingat emas selepas 12 tahun

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

TELOK MAS 22 Mei – Kejohanan Karate Asia ke-19 medan terbaik bagi skuad karate negara menghadapi Sukan Asia 2023 Hangzhou, China pada September ini.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata persiapan rapi ini juga bagi memastikan Malaysia menghasilkan emas selepas 12 tahun tidak pernah menang emas dalam acara itu.

“Sebagai persiapan awal atlet negara akan menjalani latihan selama sebulan di Mesir pada Jun ini, seterusnya di Jepun dan Vietnam untuk menghadapi dua kejohanan utama.

“Saya percaya sasaran ini dapat dicapai dengan kehadiran jurulatih baharu selain semangat dan komitmen skuad karate negara di samping kemenangan melepasi sasaran kutipan emas iaitu empat emas, dua perak dan lima gangsa,” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Kampung Atap, Ujong Pasir di sini, semalam.

bb52be26-fadf-497c-9b0a-6317c9c28fd0
AZMI bergambar bersama atlet-atlet yang hadir pada Rumah Terbuka Aidilfitri berkenaan di Kampung Atap.

Terdahulu, hadir sama memeriahkan rumah terbukanya Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kerajaan Negeri dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ujarnya, pihaknya telah berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri selaku penganjur bersama untuk memastikan Melaka bersedia menjadi tuan rumah terbaik kejohanan tersebut.

“Sasaran setiap atlet bertanding untuk mendapatkan satu pingat emas itu wajib, setiap negara itu persiapan mereka berbeza dalan Sukan Asia ini, kita akan melihat atlet yang paling berpotensi dalam kejohanan karate ini nanti,” katanya.

Untuk rekod Kejohanan Karate Asia ke-19 itu membabitkan seramai 1,500 atlet daripada 45 negara yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) bermula 20 hingga 22 Julai depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

844
Kongsi :
Previous post Melaka gesa pembinaan loji WTE di Sungai Udang dilaksanakan segera
Next post Melaka sasar 1 PEDi, lahir 5 usahawan digital
Ubah saiz-+=