
Malaysia-China sepakat kekalkan keamanan Laut China Selatan
ZHEJIANG (China), 4 Dis – Malaysia dan China menekankan kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Bercakap pada sidang media bersama dengan Menteri Luar China yang juga Ahli Dewan Negara, Wang Yi, di sini pada Sabtu, Saifuddin berkata kedua-dua pihak bersetuju bahawa Laut China Selatan adalah satu bahagian dalam hubungan dua hala kedua-dua negara yang sudah berakar umbi.
“Kami juga telah sepakat dengan kaedah bagaimana kami menyelesaikan isu dan sebagai anggota ASEAN kami menghargai hakikat China juga bekerjasama dengan kami dalam memuktamadkan Kod Tatalaku (CoC),” katanya.
Terdahulu, Saifuddin dan Wang Yi bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Peringkat Tinggi (JPT) Malaysia-China mengenai kerjasama pasca era COVID-19 secara hibrid.
Saifuddin yang dalam rangka lawatan kerja rasmi dua hari ke China berkata Malaysia juga mengikuti rapat perkembangan terkini hubungan Amerika Syarikat-China.
Beliau berkata Malaysia percaya kepada kehidupan bersama yang aman dan ia adalah satu-satunya cara untuk mendukung dan memelihara keamanan yang lebih lestari. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
