
MALAYSIA MIDNIGHT SALE MERIAH
BANDA HILIR 4 Mei – Malaysia Midnight Sale bertempat di pusat beli-belah Mahkota Parade, di sini, berlangsung meriah dan mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan pengunjung.
Nyanyian lagu Anak Melaka yang membuka tirai gimik pelancaran menggamatkan lagi suasana pusat membeli belah.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Zaidi Attan dengan diiringi Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman dan Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Nuwal Fadhilah Ku Azmi.
Suasana di pusat beli-belah itu bertambah meriah apabila pengunjung cuba mencapatkan belon bonanza untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang disediakan.
Meskipun persembahan artis rock popular tanah air iaitu Datuk Awie dijadualkan pada jam 11.30 malam, namun pengunjung tetap menunggu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PADANG KEMUNTING IKON PELANCONGAN PENYU TERCANTIK NEGARA
TANJUNG BIDARA 17 September - Pantai Padang Kemunting berpotensi diangkat sebagai ikon pelancongan penyu tercantik di negara ini, sekali gus...
ASNAF MUALAF DIUJI, MAIM TERUS DEKATI
PANTAI KUNDOR 17 September - "Ada masanya kalau sakit orang akan lari atau menjauhkan diri, tetapi Balai Islam Majlis Agama...
IBU JADI INSPIRASI ‘BALAU’ BURU KEJAYAAN DI BALAPAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Atlet olahraga para Melaka Muhammad Hafiq Hizwan Norizan, 29, atau lebih popular dengan panggilan 'Balau'...
BERBALOI BERATUR PANJANG BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 17 September - Setiap pengisian sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara...
WRUR TANJUNG BIDARA: INISIATIF TURUN PADANG ERAT HUBUNGAN RAKYAT DAN JABATAN BANTUAN GUAMAN
TANJUNG BIDARA 17 September - Kerajaan Negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai komitmen Jabatan Bantuan Guaman (JBG) yang turun padang bagi...
MENARA TAMING SARI JADI HAB PROGRAM BUDAYA, WARISAN
BANDA HILIR 17 September - Menara Taming Sari bukan sekadar ikon pelancongan Melaka, malah berpotensi diperluaskan fungsinya sebagai lokasi penganjuran...
