
Mamee serah sumbangan RM250,000 kepada kakitangan Hospital Melaka
BUKIT KATIL 19 Jun – Syarikat Mamee Double Decker Distribution (Mamee) tampil menyalurkan sumbangan bernilai RM250,000 kepada kakitangan perubatan Hospital Melaka dalam usaha membantu petugas barisan hadapan menangani wabak Covid-19.
Sumbangan berupa barangan perubatan bernilai RM200,000 dan barangan makanan bernilai RM50,000 itu telah diserahkan Timbalan Presiden Mamee, Datuk Garry Choo Kok Sen kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Rahmat Mariman, di perkarangan hospital itu, baru-baru ini.
Kok Sen berharap sumbangan itu akan dapat meringankan beban serta membantu petugas kesihatan yang bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit Covid-19 di negeri ini.
“Kita harus menentang virus ini bersama-sama pada masa yang sukar ini, dan kita juga perlu berterima kasih kepada kakitangan barisan depan atas usaha mereka untuk mengawal dan bekerja di barisan hadapan.
“Kita juga perlu bersyukur kepada kakitangan barisan depan terutamanya mereka dari hospital dan pusat perubatan atas usaha mereka untuk mengawal dan bekerja dengan penuh dedikasi,” tambahnya.
Views:
Related
Berita Lain
TRADISI REWANG KENDURI RAKYAT IMBAU TRADISI DULU
TANJUNG BIDARA 21 September - Tradisi rewang kembali menghidupkan semangat gotong-royong apabila penduduk setempat berganding bahu menyediakan juadah untuk orang...
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...


