Manfaatkan teknologi untuk atasi kesesakan

Masa Membaca:53 Saat

AYER KEROH 6 Julai – Teknologi terkini yang bersesuaian perlu digunakan bagi membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas, terutama di laluan utama di Negeri Melaka, khusus pada waktu puncak, cuti umum dan hujung minggu.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, antara yang perlu diberikan perhatian adalah sistem terkini membabitkan lampu isyarat.

Fairul Nizam berkata, aplikasi teknologi seumpama itu perlu disegerakan terutama di beberapa titik panas kerap berlaku kesesakan.

“Perkara ini juga selaras saranan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang mahu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.

“Jabatan dan agensi berkaitan perlu memainkan peranan bagi memastikan keselesaan rakyat negeri Melaka terjamin, seperti mana dihasratkan Ketua Menteri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya antara lokasi tumpuan berkenaan adalah di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dari Paya Rumput sehingga ke Hospital Melaka, selain Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA).

“Kita berharap rakyat faham dan terus memberikan sokongan kepada Kerajaan Negeri dalam melakukan penambahbaikan demi memajukan Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1001
Kongsi :
Previous post Kesesakan di Klebang perlukan bantuan pusat
Next post Perginya berjasa
Ubah saiz-+=