Mangsa banjir di Melaka meningkat lagi

Masa Membaca:57 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Mangsa banjir di daerah Alor Gajah dan Jasin terus merekodkan peningkatan apabila 379 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka berkata, peningkatan itu susulan satu lagi PPS dibuka di daerah Jasin iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah tengah malam tadi yang menempatkan seramai 109 mangsa daripada 22 keluarga.

Katanya, pembukaan PPS itu menjadikan jumlah keseluruhan PPS dibuka setakat ini sebanyak enam termasuk satu di daerah Alor Gajah.

“PPS SK Chohong menempatkan seramai 18 mangsa manakala PPS SK Seri Mendapat seramai 36 orang.

“Manakala PPS SK Parit Penghulu menempatkan seramai 134 mangsa dan PPS SK Parit Gantong seramai 70 mangsa.

“Antara kawasan yang terjejas banjir di darrah Jasin termasuk Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Janda Berhias, Kampung Batu Gajah Pasir dan Kampung Gajah Jalan Simen,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, bagi PPS Balai Raya Bukit Tambun do daerah Alor Gajah menempatkan seramai 12 mangsa.

“Pemindahan mangsa ke PPS berkenaan susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Kampung Bukit Balai, Kampung Gadek, Kampung Pulau,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3072
Kongsi :
Previous post Wanita dikhuatiri lemas terjatuh sungai ketika menyeberangi jambatan
Next post Hujan lebat lebih 24 jam, lebih ramai mangsa banjir dijangka berpindah ke PPS
Ubah saiz-+=