
Wanita dikhuatiri lemas terjatuh sungai ketika menyeberangi jambatan
KUANTAN, 3 Mac – Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menyeberangi jambatan gantung di Kampung Aur Bukit Ibam, Rompin awal pagi ini.
Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian seorang lelaki dan wanita dikatakan terjatuh, sebelum dihanyutkan arus sekitar 4 pagi tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata lelaki itu dikatakan berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung manakala mangsa perempuan yang dikenali sebagai Nur Hafizah Zailan, 23, hanyut dibawa arus.
“Polis telah meminta bantuan agensi berkaitan untuk membantu mencari mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang memaklumkan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata bomba bersama polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, telah ke lokasi kejadian bagi mengesan mangsa menggunakan laluan darat dan air.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENJAJA BERSEMANGAT MAHU ‘MERIAHKAN’ LAMAN SANTAI SRI NANING
TABOH NANING 5 September - Kumpulan penjaja yang diberi kelulusan lesen untuk berniaga di Laman Santai Sri Naning, Taman Sri...
KARNIVAL ANAK MUDA BUKA PELUANG BELIA ‘CARI MAKAN’ DI NEGERI SENDIRI
AYER KEROH 7 September - Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 4,5 dan 6...
PENGANGGURAN 1.6 PERATUS BUKAN ‘JATUH DARI LANGIT’, HASIL KERJA KERAS MELAKA – TPM
AYER KEROH 6 September - Kadar pengangguran yang rendah di Melaka iaitu 1.6 peratus membuktikan Kerajaan Negeri telah membuat perancangan...
PERATUSAN LEPASAN SPM DI MELAKA PILIH TVET ANTARA TERTINGGI – TPM
AYER KEROH 6 September - Pencapaian Melaka dalam pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) membuktikan negeri ini mempunyai potensi...
TPM KAGUM MELAKA SANTUNI RAKYAT MENERUSI WRUR DEKATI AKAR UMBI
AYER KEROH 6 September - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan Kerajaan Negeri melaksanakan...
MELAKA PERLUKAN TENAGA, IDEA DAN SEMANGAT ANAK MUDA
AYER KEROH 6 September - Melaka memerlukan tenaga, idea, keberanian dan semangat anak muda untuk bersama-sama menggerakkan pembangunan serta menentukan...
