Hujan lebat lebih 24 jam, lebih ramai mangsa banjir dijangka berpindah ke PPS

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 4 Mac – Meskipun tidak berlaku fenomena air pasang laut, kenaikan paras air sungai akibat hujan berterusan melebihi 24 jam mengakibatkan limpahan air ke kawasan rendah.

Keadaan itu sekali gus mengakibatkan banjir di penempatan penduduk di Melaka.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel Kamarulsyah Muslim berkata kebanyakan lembangan sungai di negeri ini berlaku peningkatan paras air kerana kuantiti air hujan yang tinggi secara berterusan.

Katanya, berdasarkan kumulatif hujan di beberapa lokasi stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Melaka merekodkan bacaan mencecah 100 meter.

“Berikutan itu, ada kemungkinan mangsa yang akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri berlaku sedikit peningkatan kerana paras air sungai masih di aras waspada.

“Walaubagaimanapun dimaklumkan buat masa sekarang air laut pasang tidak tinggi dan kita harapkan semoga air sungai dapat mengalir dengan segera ke laut, jadi air banjir akan surut secara beransur-ansur In Syaa Allah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS di daerah Alor Gajah dan Jasin meningkat kepada 379 mangsa pagi ini berbanding 260 orang pada tengah malam tadi.

Setakat jam 8 pagi ini, sebanyak enam PPS dibuka dengan satu PPS di daerah Alor Gajah manakala lima lagi di daerah Jasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1064
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir di Melaka meningkat lagi
Next post Lebih 40,000 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS
Ubah saiz-+=