
Mangsa banjir di Rantau Panjang kekal 33 orang setakat 9 pagi ini
KOTA BHARU, 6 Dis – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Rantau Panjang dekat Pasir Mas di sini yang mula dibuka sejak Sabtu lepas, kekal 33 orang setakat 9 pagi ini.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Azizan Aziz berkata 33 mangsa daripada enam keluarga itu termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh.
“Semua mangsa masih di PPS berikutan banjir belum pulih yang berkemungkinan disebabkan fenomena air ‘termenung’ di penempatan mereka dan kita berharap cuaca semakin baik agar mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi ini, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.54 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
DULU SELENGGARA SENAPANG, KINI TUAI CENDAWAN
AYER LIMAU 29 September - Jika dahulu rutin hariannya bersama Tentera Darat Malaysia (TDM) dipenuhi tugas membaiki dan menyelenggara sistem...
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...

