Maritim Malaysia tunjuk kemahiran menembak

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

SUNGAI UDANG 15 September – Sebagai sebuah badan penguat kuasa diamanakah menjaga perairan negara, kemahiran mengedalikan senjata kecil seperti pistol dalam kalangan pegawai dan anggotanya amat diberikan penekanan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Berikutan itu Ibu Pejabat Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, menganjurkan Program Latihan Menembak Senjata Api Kecil Siri 1/2022 yang berlangsung di Lapang Sasar Akademi Latihan Rela Malaysia (ALARM) Sungai Udang, di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Logistik Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan, Leftenan Komander Maritim Shikh Mohd Faizul Izahab berkata, latihan itu secara keseluruhan membabitkan 49 pegawai dan anggota selain wakil media.

WhatsApp Image 2022-09-14 at 1.54.44 PM
Leftenan Komander Maritim Shikh Mohd Faizul Izahab

“Program ini adalah acara tahunan yang dirancang dalam usaha memastikan setiap pegawai dan anggota Maritim Malaysia khusus mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan di laut, bukan setakat mahir malah mampu mengendalikan senjata api kecil dengan baik.

“Menerusi program ini juga setiap peserta didedahkan mengenai tatacara pengendalian senjata api kecil dengan cara yang selamat. Penekanan juga diberikan berhubung aspek keselamatan di lapang sasar sepanjang latihan menembak ini berlangsung,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Shikh Mohd Faizul berkata, setiap peserta diuji dengan kemahiran menembak sasaran pada jarak 15 dan 20 meter menggunakan sejata api kecil jenis Glock 19, HK dan CZ

“Selain itu peserta turut diuji menerusi acara menembak piring yang memerlukan kecekapan mengendalikan senjata api yang baik. Alhamdulillah kami berjaya melaksanakan latihan menembak kali dengan dengan jayanya,” katanya.

Bagi memastikan latihan berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini, pegawai tapak tembak bertugas memberikan penerangan mengenai aspek keselamatan dan tatacara pengedalian senjata kecil yang perlu diamalkan oleh setiap peserta yang terlibat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2708
Kongsi :
Previous post Pinjaman PTPTN kepada M40 dinaikkan 100 peratus – PM
Next post UTeM dan AMIC teroka teknologi aeroangkasa dunia
Ubah saiz-+=