Mat ‘payung’ Tuisyen Rakyat DUN Duyong

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

DUYONG 28 Julai – Prihatin dengan persiapan pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong menyediakan tuisyen percuma.

ADUNnya Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, Tuisyen Rakyat DUN Duyong itu akan diadakan secara bersemuka akan bermula pada 6 Ogos depan.

Beliau berkata, selain pelajar di DUN Duyong, pihaknya turut mengalu-alukan penyertaan kepada calon SPM yang tinggal di luar kawasan dan berminat serta serius untuk belajar.

“Tuisyen ini diadakan secara percuma, pelajar yang sertainya tidak perlu bayar apa-apa tetapi kalau ingin menyumbang boleh diberikan terus kepada guru yang terbabit.

“Tahun lalu kita sudah adakan dan hasilnya ramai calon SPM berjaya mendapat A dan diharap penganjuran kali juga akan merekodkan keputusan dan hasil yang lebih baik,” katanya.

Menurutnya, sebanyak lapan subjek disediakan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Prinsip Akaun serta Fizik/Kimia.

“Tuisyen akan diadakan pada hari Sabtu, Ahad, Selasa dan Jumaat bagi subjek yang disenaraikan. Sekiranya ada permintaan untuk subjek tambahan lain boleh maklumkan dan saya akan sediakan guru.

“Tujuan saya adalah untuk membantu anak-anak yang hendak ambil SPM malah guru-guru yang terbabit juga adalah mereka yang berpengalaman,” katanya.

Ujarnya, Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Duyong serta Auditorium Perkampungan Hang Tuah akan dijadikan lokasi tuisyen ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1777
Kongsi :
Previous post Bilik Sumber PPDa tingkat ilmu pengetahuan murid tangani gejala dadah
Next post Tingkatkan integriti, jaga imej kerajaan negeri – KM
Ubah saiz-+=