Sorting by

×

Bilik Sumber PPDa tingkat ilmu pengetahuan murid tangani gejala dadah

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

MERLIMAU 28 Julai – Bilik Sumber Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Merlimau Pasir inisiatif yang diwujudkan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan dadah dalam kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan.

Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Muridnya, Ariff Anwar Mustahil berkata, bilik ini juga akan menjadi tempat interaksi murid-murid dalam usaha membangunkan karakter murid yang cemerlang dan bebas dadah.

“Dengan wujudnya bilik ini, ia dapat digunakan secara optimum oleh warga sekolah bagi melahirkan modal insan cemerlang dan benci dadah sekali gus menjadikan SRA JAIM Merlimau Pasir sebagai sekolah bebas dadah.

“Semua guru terlibat dalam Jawatankuasa PPDa sekolah memainkan peranan dan memberikan komitmen tinggi dalam usaha mewujudkan bilik ini selain pekerja pembersihan sekolah yang membantu mengalihkan perabot-perabot lama yang disimpan.

“Pihak sekolah berharap ini adalah seiring dengan motto Unit HEM sekolah iaitu ‘Hal Ehwal Murid Terpelihara, SRAMP Sejahtera’,” katanya selepas majlis perasmian PPDa SRA JAIM Merlimau Pasir yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, 23 Julai lalu.

Katanya, Unit Hal Ehwal Murid menerusi Jawatankuasa PPDa sekolah juga bercadang untuk menjadikan bilik tersebut sebagai bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program PPDa di sekolah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2049
Kongsi :
Previous post Polis tahan 83 individu terlibat sindiket penipuan dalam talian
Next post Mat ‘payung’ Tuisyen Rakyat DUN Duyong
Ubah saiz-+=