Sorting by

×

‘MAT SALIH’ PUJI CARA MELAKA HIDUPKAN ACARA PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 16 September – Usaha kreatif Melaka dalam mengetengahkan keunikan seni dan budaya menerusi pelbagai acara pelancongan mendapat pujian pelancong asing.

Aurelien Perez, 20, dari Perancis menyifatkan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan yang bukan sahaja ‘hidup’ malah berupaya menganjurkan acara pelancongan yang cukup gah dan berprestij.

Dia turut mengakui teruja apabila dapat menyelami keunikan warisan seni Melaka menerusi joget lambak apabila dapat berpeluang menari bersama pengunjung lain pada sambutan Ambang Hari Malaysia 2025 Peringakat Negeri Melaka, di perkarangan Stadthuys, di sini, malam tadi.

“Memang sangat menyeronokkan apabila dapat bersama dalam persembahan seni dan budaya yang menampilkan kepelbagaian kaum di sini.

“Melaka sememangnya sebuah destinasi pelancongan yang dekat di hati saya kerana saya amat berminat kepada pelancongan seni, budaya dan kawasan bersejarah di sini,” katanya ketika pemberita selepas sambutan tersebut.

548325056 1351532069873153 8743422416755743596 n
AURELIEN (kiri) dan Fahad ketika memeriahkan malam Ambang Hari Malaysia 2025 Peringkat Negeri Melaka di perkarangan Stadthuys, Banda Hilir. Foto MBMB

Nada sama turut disuarakan Fahed Tadrist, 20, yang berasal dari Algeria kerana berpeluang menyaksikan warna-warni keunikan Melaka bersempena sambutan Hari Malaysia 2025.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama dia dapat melihat sambutan yang cukup meriah apabila diserikan dengan pelbagai persembahan nyanyian dan tarian yang memukau.

“Saya dapat merasai aura yang hebat di Melaka kerana ia berjaya menonjol keunikan seni dan budayanya.

“Bagai saya, ini merupakan satu pengalaman paling menarik dan indah sepanjang di Malaysia dan Melaka menjadi negeri yang berjaya menawan hati saya,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

456
Kongsi :
Previous post KEBUN KOMUNITI JANA EKONOMI, HIJAUKAN KAWASAN PERUMAHAN
Next post LEBIH 1,000 ATLET TAEKWANDO DARI 6 NEGARA BERENTAP DI MELAKA