
Mayat bakal pengantin ditemukan
MARANG 27 Dis – Mayat bakal pengantin yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut Jumaat lepas, ditemukan terdampar di Pantai Alur Tuman di sini pagi ini.
Mayat Naim Hariri Kamaruddin, 31, dari Kuala Lumpur ditemukan pada 8.55 pagi oleh pasukan penyelamat yang membuat rondaan di pantai itu, kira-kira tiga kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang.
Ketua Polis Daerah Marang DSP Mohd Zain Mat Dris berkata ayah mangsa Kamaruddin Abdullah, 59, telah dipanggil untuk membuat pengecaman dan mengesahkan bahawa mayat tersebut adalah anaknya berpandukan beberapa identiti.
“Mayat dijumpai dalam keadaan yang sempurna tanpa sebarang kecederaan dan akan dihantar ke forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut.
“Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Pantai Kelulut ditamatkan dan tumpuan akan diberi untuk satu lagi operasi mencari lelaki yang masih belum ditemukan di Pantai Jambu Bongkok,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Naim Hariri datang ke Terengganu pada Khamis lepas dijadualkan bernikah dengan tunangnya, Fatin Nabilah Huda Ismail, 27, di Masjid Kampung Surau Haji Mat Zin, Bukit Payung semalam. – BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
JIMAT RM50, TAPI DAPAT BELI MACAM-MACAM
PENGKALAN BATU 29 September - Kupon bernilai RM50 yang diagihkan kepada orang ramai bersempena Jualan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) amat...
4 JETI NELAYAN AYER LIMAU DIBERI NAFAS BAHARU
AYER LIMAU 28 September - Empat jeti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau diperkasa secara berperingkat menerusi pelbagai projek...
JENAZAH TUN DR SITI HASMAH SELAMAT DISEMADIKAN DI PUSARA NEGARA PRESINT 20
PUTRAJAYA, 28 Sept - Suasana hening menyelubungi Pusara Negara di Presint 20 di sini, ketika jenazah Allahyarham Tun Dr Siti...
MAIM LANTIK 54 PEMBIMBING, PENDAMPING MUALAF
ALOR GAJAH 28 September - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melantik seramai 54 ahli terdiri daripada 20 Skuad Sukarelawan Balai...
RIBUAN JEMAAH TUNAI SOLAT JENAZAH TUN DR SITI HASMAH
KUALA LUMPUR, 28 Sept - Ribuan jemaah memenuhi Masjid As-Syarif, Taman Sungai Besi Indah di sini petang ini, bagi menunaikan...
DEMI RAKYAT, IMRAN REDAH HUJAN BERBAJU RAYA JAGA PINTU AIR
BANDA HILIR 28 September - Sambutan Aidilfitri bersama keluarga terpaksa diketepikan apabila pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, Imran...
