
Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemukan depan restoran
KUALA LUMPUR, 4 April – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan maut, dipercayai dibunuh, di hadapan sebuah restoran di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan lelaki berusia 30 tahun itu kira-kira 5.56 pagi tadi dan siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan senjata tajam seperti parang.
Beliau berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa menemui kesan kecederaan akibat ditetak pada muka, leher dan tangan.
Katanya mayat itu telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan usaha mengesan suspek kes tersebut sedang dijalankan.
“Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya ketika dihubungi hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘KALAU DAH TANDA TANGAN, HARI INILAH SAYA ISYTIHAR’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 September - "Kalau dah tanda tangan, hari inilah saya isytihar," kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI DIPERKASA SEBAGAI PUSAT PENYELIDIKAN
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperluas fungsinya sebagai pusat penyelidikan ilmu falak, selain terus berperanan sebagai...
ADENAN JADI INSPIRASI, MASIH LIGAT DI PADANG MESKIPUN SUDAH DI USIA EMAS
AYER LIMAU 16 September - Biar usia mencecah 64 tahun, Adenan Hassan masih ligat berlari di atas padang, malah tidak...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI BAKAL JADI KLUSTER ASTRONOMI
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang terletak di Kampung Balik Batu disasar untuk diangkat sebagai kluster astronomi...
PETAH BERTUTUR SEJAK TADIKA, AISYAH DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN PIDATO RUKUN NEGARA 2026
AYER KEROH 15 September - Kepetahan bercakap dan kebijaksanaan menyusun kata-kata menjadi kelebihan buat Raja Nur Shazatul Aisyah Raja Idris...
KLINIK MEDIPULIH LAHIR SUKARELAWAN BERILMU
AYER KEROH 15 September - Niat untuk membantu masyarakat semata-mata tidak memadai bagi seorang sukarelawan kerana mereka perlu dilengkapi ilmu,...
