
MBMB pasang lampu di Kota Porta De Santiago, Bandar Hilir sempena Hari Kanser Sedunia hari ini.
AYER KEROH 3 Feb. – Simbolik bagi sambutan Hari Kanser Sedunia hari ini, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyalakan lampu biru dan oren di Kota Porta De Santiago di Bandar Hilir, dekat sini, sebentar tadi.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, selaras dengan Program Sinarkan Cahaya Harapan sempena Hari Kanser Sedunia, nyalaan lampu itu bermula dari jam 8 sehingga 10 malam.

“Ini salah satu inisiatif MBMB bagi menyokong usaha pertubuhan bukan kerajaan yang sentiasa membantu komuniti setempat dalam banyak perkara termasuk kempenĀ kesedaran bahaya kanser.
“Sesuai dengan norma baharu tahun ini, MBMB turut menyokong rakan strategik dengan cara yang berbeza tetapi memberi kesan yang positif buat semua,” katanya.
Sambutan itu mendapat kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
Di Melaka terdapat tiga persatuan kanser seperti National Cancer Society of Malaysia, Hospis Melaka dan Melaka Cancer Society.
Views:
Related


Berita Lain
MBMB KUMPUL LEBIH 14 TAN BARANG KITAR SEMULA
AYER KEROH 2 Februari - Lebih 14,000 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB)...
MELAKA MAKSIMUMKAN URUSAN PENTADBIRAN SECARA DIGITAL
SERI NEGERI 2 Februari - Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, Kerajaan Negeri Melaka akan memaksimumkan urusan pentadbiran rasmi secara digital....
BUDAYAKAN KONSEP AMBIL TAHU, CAKNA MASALAH RAKYAT
SERI NEGERI 2 Februari - Penganjuran program berorientasikan kepada rakyat secara langsung seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Hari...
MENARA TAMING SARI KEMBALI BEROPERASI ESOK
BANDA HILIR 2 Februari - Menara Taming Sari kembali beroperasi seperti biasa bermula esok, 3 Februari 2026. Ia selepas kerja-kerja...
AMANAH, PASAK KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN AWAM NEGERI MELAKA
SERI NEGERI 2 Februari - Penjawat awam Negeri Melaka perlu memiliki kesanggupan dan tanggungjawab mendalam ketika melaksanakan amanah dipikul bagi...
‘CAKNA’ PERKASA ALUMNI UNIVERSITI AWAM, 473 PROGRAM DISATUKAN
AYER KEROH 2 Februari - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus memperkukuh peranan alumni sebagai rakan strategik pembangunan pendidikan tinggi negara...
