Tukar bahan terbuang kepada bahan berguna – PTHM

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 4 Feb. – Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dalam usaha merealisasikan kaedah pelupusan sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di negeri ini.

Usaha itu dilaksanakan dalam satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) PTHM bersama Transformasi Padu Holding Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif PTHM, Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohd Diah berkata, kerjasama itu bagi memastikan penerapan teknologi hijau di negeri ini diteruskan.

“Kita mahu melibatkan diri dalam sistem WTE selaras dengan negara-negara maju yang berusaha menukar bahan terbuang kepada bahan berguna.

“Contohnya, bahan buangan yang ditukar kepada tenaga elektrik dan gas,…kita mahu teknologi ini bukan fokus di Melaka saja, malah seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang selepas MoU antara Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan Transformasi Padu Holding Sdn Bhd di Wisma Negeri, hari ini.

Jelasnya, syarikat Transformasi Padu dipilih kerana mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.

“Kita perlu jadikan WTE ini realiti, PTHM dan Transformasi Padu bergabung tenaga untuk menjalin kerjasama yang baik.

“Sudah pasti apa yang kita laksanakan ini untuk masa depan Melaka khususnya dan negara amnya,” katanya lagi.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Transformasi Padu Holding Sdn Bhd, Datuk Mohd Azman Mohd Yusoff.

Views:

748
Kongsi :
Previous post MBMB pasang lampu di Kota Porta De Santiago, Bandar Hilir sempena Hari Kanser Sedunia hari ini.
Next post Nadi Rakyat Melaka bantu pelajar IPT
Ubah saiz-+=