Sorting by

×

MBMB PERUNTUK HAMPIR RM10 JUTA UNTUK ATASI BANJIR KILAT

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 27 November – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) membelanjakan hampir RM10 juta bagi kerja-kerja menaik taraf perparitan untuk mengatasi isu banjir kilat yang berlaku dalam kawasan pentadbirannya.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata pihaknya komited dalam mengatasi isu banjir tersebut dengan melaksanakan sebanyak 17 kerja-kerja naik taraf dengan kos keseluruhan bernilai RM9,990,123.40.

Katanya, mengikut pecahan daripada jumlah itu, tujuh daripadanya telah siap antaranya projek naik taraf perparitan di Kampung Padang Semabok; Taman Paya Rumput Permai; Taman Jaya Padang Temu; Taman Sayang Selasih, Klebang; Jalan Desa Duyong 12; Taman Elok, Duyong dan Jalan GP2 dan GP 4, Taman Gadong Perdana dengan nilai RM1,473,005.50.

“Manakala terdapat lima kerja-kerja perparitan yang sedang dijalankan melibatkan Jalan Cempaka Peringgit; Taman Bukit Katil Permai Fasa 2; Taman Desa Duyong; Jalan Tanjung Minyak 33, Taman Tanjung Minyak dan Industri Kecil Sederhana (IKS) Lorong Pandan dengan kos menaik taraf membabitkan nilai RM4,391,346,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan turut memaklumkan enam lagi projek perparitan bakal dilaksanakan di sekitar Daerah Melaka Tengah dengan kos keseluruhan bernilai RM2.66 juta.

“Antara kawasan yang akan dilaksanakan kerja-kerja perparitan di Jalan Bukit Cina; Taman Bukit Senjuang, Banda Hilir; Taman Senjuang, Banda Hilir; Jalan KP5, Taman Krubong Perdana; Jalan Kesidang 2/15, Taman Kesidang Seksyen 2 dan Jalan LP13, Taman Limbongan Permai.

“Kita harap dengan cadangan dan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf perparitan ini dapat mengatasi isu banjir kilat di Melaka, ” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

323
Kongsi :
Previous post MPHTJ RANGKUL ANUGERAH GREEN APPLE ENVIRONMENT AWARD 2024
Next post PEMBERSIHAN LONGKANG LEBIH KERAP – JKR MELAKA
Ubah saiz-+=