MCMC segerakan pembinaan menara telekomunikasi baharu

Masa Membaca:59 Saat

TABOH NANING 18 Mac – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sentiasa berusaha untuk menyegerakan pembinaan menara telekomunikasi baharu sedang dalam perancangan bagi memastikan hasrat menjadikan Melaka sebuah negeri digital tercapai.

Pengarah MCMC Melaka, Luqman Ali berkata, setakat ini 41 menara telekomunikasi telah siap dibina sementara itu 10 lagi masih dalam pembinaan.

Katanya MCMC berdepan pelbagai halangan yang membantutkan perancangan untuk memastikan jaringan telekomunikasi dan jalur lebar di negeri ini sentiasa pada tahap terbaik dan berkualiti.

“Pertambahan populasi dan pembukaan kawasan komersial baharu antara cabaran kami hadapi ketika ini. Namun kami cuba memperhalusi masalah ini terutama isu rangkaian dalam bangunan.

“Selain itu bagi aktiviti pembinaan menara baharu pula kami berdepan cabaran untuk mendapatkan tapak yang sesuai,” katanya ketika ditemui pada Majlis Simbolik Penyerahan Menara Telekomunikasi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) Kepada Pihak Maxis Broadband Sdn. Bhd. di Kampung Solok Uban, Brisu, di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zin dan hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Melaka ICT Holdings (MICTH), Dr. Nazdiana Ab Wahab,

Luqman berkata kos bagi membina sebuah menara telekomunikasi termasuk perkhidmatan logistik adalah sekitar RM1.5 juta.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1776
Kongsi :
Previous post MPHTJ sedia 1,353 tapak niaga bazar Ramadan dan Aidilfitri
Next post MPJ lulus sembilan bazar Ramadan, dua bazar Aidilfitri di Jasin
Ubah saiz-+=