Sorting by

×

Melaka Agro Market capai jualan RM1.15 Juta

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Penganjuran Melaka Agro Market (MAM) menunjukkan impak positif dalam membantu mengimbangi kos sara hidup pengguna seterusnya melonjakkan pendapatan usahawan tani di negeri ini.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, ia berikutan penganjuran 95 program MAM berkonsepkan jualan murah dan terus daripada ladang meraih nilai jualan sebanyak RM1.15 juta.

“Kerajaan negeri komited untuk mempergiatkan program MAM ke seluruh negeri ini bagi membantu mengurangkan kos sara hidup pengguna.

“MAM ini bersifat ‘serampang dua mata’ di mana ia membuka ruang pemasaran baharu di Melaka di samping menawarkan produk pertanian segar dengan harga sebanyak lima sehingga 20 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

“Sebanyak 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dengan kekerapan dua minggu sekali,” katanya ketika menjawab soalan lisan Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) mengenai Jawatankuasa Task Force pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Tambahnya, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.84 juta kepada Jabatan Pertanian Negeri Melaka bagi melaksanakan projek program pembangunan dirancang.

“Ada beberapa projek baharu telah dipohon dan insya-Allah akan dilaksanakan pada tahun ini antaranya projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Machap Fasa I dan Fertigasi Meja di Selandar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1839
Kongsi :
Previous post Melaka ‘ejen’ bekalan telur, daging
Next post Melaka Reits masih dalam pertimbangan – KM
Ubah saiz-+=