
Melaka ‘ejen’ bekalan telur, daging
SERI NEGERI, 14 Mac – Pelbagai langkah dilakukan dalam usaha menangani krisis bekalan makanan di negeri ini, kata Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Jelasnya, antara langkah dijalankan adalah dengan menubuhkan Pasukan khas Egg Action Team (EAT) dan Melaka Beef Kiosk, bagi memastikan keterjaminan bekalan bahan mentah itu kepada rakyat.
“Untuk pengetahuan pasukan EAT kita dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka mendapat pujian kerana membantu kementerian untuk mengumpulkan seberapa banyak telur di seluruh Melaka untuk disalurkan ke seluruh negara.
“Kita akan bekerjasama bersama FAMA untuk menjadi pengeluar utama, mendapatkan bekalan konsisten, selain menjalankan hebahan dan promosi di platform pemasaran atas talian.
“Kita juga akan mewujudkan Melaka Beef Kiosk di enam kawasan parlimen sebagai langkah mengatasi masalah ketidakcukupan bekalan daging di negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Fairul Nizam Roslan (BN-Asahan) mengenai Jawatankuasa Task Force pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
