Sorting by

×

Melaka Reits masih dalam pertimbangan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan Tabung Pelaburan Amanah Hartanah Melaka atau Melaka Reits.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama, Sulaiman Md Ali berkata cadangan itu bagaimanapun masih dalam pertimbanga berikutan ia memerlukan nilaian aset yang berkualiti sekurang-kurangnya RM500 juta.

“Berhubung isu rasionalisasi agensi, Kerajaan Negeri mengambil langkah untuk menstruktur semula anak-anak syarikat bagi memastikan ia lebih berdaya saing dan kompetitif serta bersedia meningkatkan kepakaran teknologi terkini.

“Kajian untuk mengorak peluang bagi penerbitan sukuk bon masih dalam pertimbangan.

“Penerbitan sukuk dan bon masih berjalan dan akan dipanjangkan ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipersetujui sekiranya semua data telah diperoleh sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua Negeri Melaka ‘Mengupaya Potensi, Memacu Kemakmuran Negeri’ pada Persidangan Pertama, Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka yang ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata pendekatan diambil untuk mewujudkan syarikat pelaburan hartanah tidak tersenarai atau ‘unlisted reits’ di Bursa Malaysia.

Katanya, ia bagi memastikan matlamat mewujudkan Melaka Reits itu dapat direalisasikan dan pelaburan hartanah tidak tersenarai yang diwujudkan kaedahnya lebih mudah.

“Bagi memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan, satu pendekatan terkini bakal diambil dengan memulakan pewujudan syarikat pelaburan hartanah yang tidak tersenarai (unlisted reits) di Bursa Malaysia kerana kaedahnya lebih mudah dan tidak begitu ‘complicated’,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1056
Kongsi :
Previous post Melaka Agro Market capai jualan RM1.15 Juta
Next post Perkasa keterjaminan sumber makanan – KM
Ubah saiz-+=