Perkasa keterjaminan sumber makanan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Aspek keterjaminan makanan akan terus diperkasa dalam memastikan rantaian pengeluaran makanan mentah sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan memenuhi keperluan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata bagi merealisasikan keterjaminan sumber makanan, Kerajaan Negeri akan menubuhkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Machap, Alor Gajah pada tahun ini.

Katanya, Melaka Beef Kiosk akan diwujudkan di enam kawasan Parlimen Negeri Melaka bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam sektor penternakan.

“Sebanyak RM 6.58 juta telah disediakan dalam Belanjawan 2023 bagi menyediakan insentif-insentif khas bagi menyokong industri agromakanan dan keterjaminan makanan khususnya dalam menghadapi sebarang situasi luar jangka.

“Di atas tanah seluas 70 ekar di kampus induk Universtiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)akan diusahakan projek tanaman dan pemprosesan tumbuhan hijau sumber makanan haiwan ternakan seperti jagung manis, bijirin dan rumput ‘Napier’.

“Manakala bagi tanaman jagung dan tanaman ‘Napier’ akan diusahakan di atas tanah milik Perbadanan Melaka (MCorp) di Mukim Kuala Linggi dan Sungai Baru Ilir, Alor Gajah dengan anggaran keluasan tanah 57.34 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka ‘Mengupaya Potensi, Memacu Kemakmuran Negeri’ pada Persidangan Pertama, Pengggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan melaksanakan pewartaan bagi pengekalan pemuliharaan bagi pengekalan pemuliharaan sumber perikanan melalui pembangunan Zon Industri Akuakultur (ZIA).

“ZIA akan dilaksanakan di Sebatu, meliputi kawasan seluas 550 hektar dari perairan laut Sungai Kesang hingga ke perairan laut Sungai Linggi untuk aktiviti ternakan kupang dan kerang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1425
Kongsi :
Previous post Melaka Reits masih dalam pertimbangan – KM
Next post JPJ keluarkan enam notis saman keatas institut memandu
Ubah saiz-+=