Melaka alu-alukan pemain industri digital jadi rakan strategik SMIX 2023

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SERI NEGERI 5 Julai – Syarikat-syarikat utama dalam industri digital dipelawa menjadi rakan strategik dan penaja dalam merealisasikan penganjuran Persidangan Antarabangsa dan Expo Smart Melaka 2023 (SMIX 2023) yang akan diadakan 12 hingga 14 Oktober depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, persidangan dan ekspo berkenaan dianjurkan dengan skala lebih besar bagi memperluas inisiatif pintar dan pemerkasaan data di bawah Smart Melaka.

Katanya, ia selari dengan hala tuju Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2025 iaitu pendigitalan dalam ekonomi digital.

Justeru katanya, penganjuran SMIX 2023 ini diharapkan dapat memberi impak lebih besar kepada pembangunan masyarakat pintar khususnya di Melaka.

“Kerajaan Negeri juga mempelawa syarikat-syarikat utama dalam industri digital dan bandar pintar untuk turut menjadi rakan strategik serta menjadi penaja dalam menganjurkan aktiviti sempena ekspo bertaraf antarabangsa ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pra Pelancaran SMIX 2023 di Dewan Tun Mutakhir di Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan; Timbalannya, Mohd Noor Helmy Abdul Halem; barisan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, semua agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan perlu memberi kerjasama dengan memberikan sumbangan dan komitmen tinggi bagi menjayakan SMIX 2023.

“Kerajaan Negeri mempelawa 19 rakan strategik terdiri daripada beberapa kementerian, agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk turut sama menganjurkan SMIX 2023.

“Antaranya, Kementerian Ekonomi, Kementerian Komunikasi Digital (KKD); Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI); Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi lain,” katanya.

Untuk rekod SMIX 2023 akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh membabitkan lebih 600 peserta dan ahli panel termasuk tiga personaliti berprofil tinggi dalam industri digital.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1658
Kongsi :
Previous post Melaka anjur persidangan, ekspo digital bertaraf dunia
Next post Kerajaan Melaka tidak zalim pindahkan peniaga – KM
Ubah saiz-+=