Sorting by

×

MELAKA BERHASRAT JADI TAPAK PELANCARAN INISIATIF AI GUANGXI-MALAYSIA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 9 April – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berhasrat menjadikan negeri ini sebagai lokasi pelancaran inisiatif Kecerdasan Buatan (AI) di antara Guangxi, China dan Kerajaan Malaysia.

Menurut beliau harapan itu selaras dengan potensi Melaka yang telah menjalinkan kerjasama strategik dengan wilayah Guangxi, sekali gus mengukuhkan inisiatif tranformasi digital di negeri ini.

“Kita dimaklumkan bahawa Guangxi sedang dalam proses memeterai perjanjian kerangka kerjasama AI dengan Kerajaan Malaysia.

“Jadi kita amat berharap Melaka akan dipilih sebagai tapak pelancaran inisiatif perintis ini yang berpotensi besar dalam membentuk masa depan kerjasama teknologi antara negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan bersama Gabenor Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China Tuan Yang Terutama Lan Tianli, di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Penasihat Khas Pelaburan dan Hal Ehwal Negara China kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Wira Lim Ban Hong serta lain-lain kenamaan.

Ab Rauf turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan bersejarah Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada pertengahan April ini akan memperkukuhkan lagi hubungan strategik antara kedua-dua negara, terutamanya Negeri Melaka.

“Lawatan ini bukan sahaja bersejarah, malah membuka lebih banyak peluang dalam bidang perdagangan dan pelaburan antara Melaka dan wilayah di China,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

545
Kongsi :
Previous post PELANCONG CHINA KE MELAKA MENINGKAT TIGA KALI GANDA
Next post MELAKA-GUANGXI JALIN KERJASAMA PELANCONGAN, PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INDUSTRI