Sorting by

×

MELAKA BILA LARUT MALAM 2025 GAMIT 70,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Program Melaka Bila Larut Malam iaitu inisiatif yang menawarkan tiket ke produk pelancongan terpilih pada harga RM10 sahaja terus mendapat sambutan menggalakkan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, setakat Ogos tahun ini, lebih 70,000 pengunjung telah direkodkan dengan perbelanjaan mencecah RM22.04 juta.

“Melangkah ke hadapan, Melaka telah meluncurkan lebih 800 produk pelancongan merangkumi pelbagai segmen, seiring dengan sasaran 16.5 juta pelancong dan hasil pelancongan negeri berjumlah RM17.97 bilion pada tahun 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut berkongsi mengenai kesiapsiagaan Melaka sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 pada 27 hingga 29 September depan.

Menurut beliau, persiapan menyambut kehadiran dunia berserta pra pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) kini telah mencapai 90 peratus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

420
Kongsi :
Previous post MELAKA REKOD HAMPIR 9 JUTA PELANCONG SETAKAT JULAI 2025
Next post ZON BEBAS KENDERAAN BAWA LIMPAHAN EKONOMI BUAT PENIAGA