Melaka Bila Larut Malam tampil kelainan setiap bulan

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

BANDA HILIR 2 Jun – Program Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ yang diilhamkan Kerajaan Negeri akan menampilkan kelainan pada setiap bulan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kelainan itu dibuat bagi menggamit lebih ramai pengunjung dan pelancong ke negeri ini sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Menurut beliau, antara kelainan yang akan ditampilkan adalah memperkenalkan pakej dan program baharu yang lebih menarik untuk menggalakkan lagi sektor pelancongan negeri agar terus berkembang.

“Sehingga penghujung tahun pada Disember nanti, kita ada pelbagai program yang akan diperkenalkan, begitu juga pakej-pakeh baharu untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong ke Melaka.

“Jadi kepada pengusaha hotel, inap desa dan pemain industri pelancongan lain, kita akan pastikan kesemua mereka mendapat faedah daripada program-program yang sedang kita rancangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Walkabout Bila Larut Malam di sebuah pusat beli-belah di sini, malam tadi.

Hadir sama, Pegawai Kewangan Negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Salhah Salleh; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem; Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman.

Dalam pada itu, Ab Rauf turut menyeru lebih banyak produk pelancongan dan pusat beli-belah di negeri ini menyahut inisiatif Bila Larut Malam yang menjadi tarikan terbaharu Negeri Melaka pada separuh tahun kedua 2024.

“Kita harap inisiatif ini dapat diuar-uarkan kepada semua dalam memberitahu masyarakat bahawa Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menawarkan tarikan sehingga awal pagi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

148
Kongsi :
Previous post Melaka Bila Larut Malam: Tiket Panggung Bangsawan ‘laku keras’
Next post Berita gembira menanti orang Melaka pada Ogos
Ubah saiz-+=