Sorting by

×

MELAKA BILA LARUT MALAM: TIKET RM10 MELAKA RIVER CRUISE LARIS

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 3 Mei – Lebih 800 pengunjung telah menikmati pelayaran menelusuri Sungai Melaka dengan Melaka River Cruise pada harga RM10 sahaja bersempena program Melaka Bila Larut Malam Edisi Mei 2025, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Shaharul Azuar Idris berkata, pihaknya menyediakan dua lokasi untuk pengunjung menaiki bot ikonik itu iaitu di Jeti Muara Sungai Melaka dan Jeti Taman Rempah.

Katanya, edisi Mei 2025 turut membawa kelainan apabila pihaknya menukar lokasi jualan tiket di Jeti Taman Rempah berbanding sebelum ini kaunter tiket dibuka di Jeti Pengkalan Rama.

“Pertukaran lokasi ini berlaku disebabkan permintaan pengunjung yang sebelum ini terbiasa dengan Jeti Taman Rempah dan mahu diteruskan kerana suasananya.

“Kita juga terima maklum balas daripada peniaga-peniaga yang mahukan pengoperasian dibuat di Jeti Taman Rempah.

“Pertukaran lokasi ini dalam tempoh percubaan, segala perubahan kita akan maklum dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shaharul Azuar memaklumkan, PPSPM akan terus membawakan pelbagai kelainan pada edisi akan datang dalam usaha untuk menggamit kehadiran lebih damai pengunjung.

“Untuk edisi akan datang, kita akan cuba bawakan kelainan, apa antara kelainan masih dalam perbincangan lagi.

“Setakat ini kita bawakan penghibur jalanan untuk menghibur pengunjung-pengunjung yang beratur menunggu giliran untuk menaiki bot MRC dan gerai foto buat kenangan untuk pengunjung,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

419
Kongsi :
Previous post DATARAN LUBOK CHINA BAKAL JADI MERCU TANDA BAHARU DUN AYER LIMAU 
Next post MALAYSIA MIDNIGHT SALE 2025 MELAKA CATAT JUALAN HAMPIR RM3 JUTA