
Melaka bincang keperluan buka tanah perkuburan khas COVID-19 Selasa ini.
AYER KEROH 31 Julai – Melaka akan membincangkan keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam yang dikhususkan bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 Selasa ini.
Exco Kesihaatan, Datuk Rahmad Mariman berkata, ia akan dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 yang dipengerusikan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan.
“Nanti kami bincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 Selasa ini.
“Setakat ini, jenazah Islam pesakit COVID-19 dikebumikan mengikut kawasan kariah masing-masing,”katanya ringkas ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI) di sini hari ini.
Beliau memberi reaksi demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini yang akan meneliti keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam khusus bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19.
Laporan menyebut, perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dan para mufti terlebih dahulu bagi mendapatkan pandangan serta saranan berkenaan keperluan tersebut.
Bagaimanapun katanya, setakat ini tumpuan keperluan adalah Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) yang mana ia adalah cara yang terbaik dalam menguruskan mereka yang meninggal dunia akibat COVID-19.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BULATAN SUNGAI BARU ULU, BERI MANFAAT KEPADA LEBIH 70,000 PENDUDUK
TANJUNG BIDARA 16 September - Lebih 70,000 penduduk sekitar Masjid Tanah menerima manfaat daripada pembinaan Bulatan Sungai Baru Ulu di...
WRUR TANJUNG BIDARA: DATANG AWAL BELI AYAM RM5
TANJUNG BIDARA 16 September - Seawal jam 7 pagi orang ramai mula beratur panjang kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan...
‘KALAU DAH TANDA TANGAN, HARI INILAH SAYA ISYTIHAR’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 September - "Kalau dah tanda tangan, hari inilah saya isytihar," kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI DIPERKASA SEBAGAI PUSAT PENYELIDIKAN
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperluas fungsinya sebagai pusat penyelidikan ilmu falak, selain terus berperanan sebagai...
ADENAN JADI INSPIRASI, MASIH LIGAT DI PADANG MESKIPUN SUDAH DI USIA EMAS
AYER LIMAU 16 September - Biar usia mencecah 64 tahun, Adenan Hassan masih ligat berlari di atas padang, malah tidak...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI BAKAL JADI KLUSTER ASTRONOMI
TANJUNG BIDARA 16 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang terletak di Kampung Balik Batu disasar untuk diangkat sebagai kluster astronomi...
