Melaka buat permohonan baharu panjangkan landasan LTAM

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BATU BERENDAM 15 Mei – Kerajaan Negeri telah membuat permohonan baharu untuk memanjangkan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), di sini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer permohonan terbabit telah dibuat pada tahun ini.

Katanya, panjang landasan sedia ada ialah 2.1 kilometer dan pemanjangan berapa meter atau kilometer (KM) bergantung kepada pihak LTAM ia memerlukan kajian terperinci dari segi kos.

“Mengenai isu memanjangkan landasan ini saya masih menunggu laporan penuh dari pihak LTAM. Pihak LTAM akan membentangkan laporan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh pada Khamis ini.

“Saya turut difahamkan pada tahun 2017, kita (Kerajaan Negeri) telah menerima peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi pelaksanaan kerja pemanjangan landasan terbabit namun ia ditarik semula pada tahun 2018 apabila berlaku pertukaran kerajaan dan kita telah membuat permohonan baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Wings Air ke Melaka 2023 di LTAM, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Timbalannya, Datuk Zaidi Attan serta kenamaan lain.

Terdahulu, Pada tahun 2017, media melaporkan Kerajaan Negeri bercadang untuk memanjangkan landasan sepanjang kira-kira 600 meter melibatkan kos jutaan ringgit.

Ia bertujuan untuk membolehkan pesawat lebih besar mendarat dan berlepas di LTAM pada masa akan datang.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu fasiliti di lapangan terbang terbabit, pihaknya juga masih menunggu laporan penuh daripada LTAM pada Khamis ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3374
Kongsi :
Previous post KLIP hargai jasa, bakti warga kerja
Next post Tiga guru Ketua Menteri diberi pengiktirafan Tokoh Hati
Ubah saiz-+=