KLIP hargai jasa, bakti warga kerja

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Kuala Linggi International Port (KLIP) menghargai khidmat kakitangannya menerusi penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Syarikat KLIP 2023.

Ketua Komunikasi Koporat KLIP Nurazah Ismail berkata, sambutan itu juga sebagai tanda sokongan pihak KLIP terhadap pekerjanya yang berusaha dalam memajukan syarikat.

“Ini adalah untuk warga kerja KLIP bersama rakan-rakan urus niaga kami dan agensi kerajaan yang banyak menyokong perjalanan dan kemajuan syarikat kami.

“Kira-kira 500 jemputan yang hadir bukan sahaja sekitar Negeri Melaka, malah dari Selangor turut ada.

“Tahun sebelum ini kita adakan di pejabat operasi sahaja, namun kali ini berskala lebih besar melibatkan ramai pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Syarikat KLIP 2023 di Hotel Ames, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan Syarikat KLIP, Tun Seri Utama Dr Mohd Khalil Yaakob; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KLIP Tan Sri Noormustafa Kamal Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat KLIP, Datuk Hishammudin Hasan.

photo1684146878
Ketua Komunikasi Koporat KLIP Nurazah Ismail ditemui sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Syarikat Kuala Linggi International Port (KLIP) 2023 di Hotel Ames, Ayer Keroh. Foto Iqmal Haqim Rosman

Ujarnya, penglibatan ramai pihak itu sekali gus memberi peluang kepada pihak KLIP untuk beramah-mesra dengan lebih dekat.

“Alhamdulillah menerusi majlis ini kami dapat kenal rakan niaga serta agensi kerajaan yang terlibat lebih dekat demi pengoperasian syarikat kami,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1852
Kongsi :
Previous post Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan: Pendaftaran dibuka 15 Mei hingga 28 Julai
Next post Melaka buat permohonan baharu panjangkan landasan LTAM
Ubah saiz-+=