Tiga guru Ketua Menteri diberi pengiktirafan Tokoh Hati

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 15 Mei – Tiga bekas guru Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh diberi pengiktirafan Tokoh Hati pada Majlis Makan Malam Anugerah Hari Guru di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Ab Rauf dalam ucapannya berkata beliau sendiri berbesar hati dan bertuah kerana kegigihan guru-guru itu membimbingnya ketika menempuh alam persekolahan selain mengambil berat prestasi pelajarannya.

Katanya, guru yang bermutu dapat melahirkan ribuan hebat dan beliau bersyukur berkat doa keluarga dan guru-guru mengajarnya, beliau menjadi Ketua Menteri Melaka.

“Oleh itu, bagi mengenang khidmat bakti dan jasa guru tercinta, saya secara peribadi ingin memberi pengiktirafan kepada tiga orang guru, ‘Tokoh Hati’ yang selama ini mendidik saya sehingga saya berada di atas pentas gemilang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata individu pertama diberi pengiktirafan itu adalah bekas guru ketika beliau bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram iaitu Cikgu Talib Abdullah berusia 82 tahun yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Matematik sejak tahun 1967 hingga 1972.

“Kedua, guru yang banyak membantu sehingga saya fasih Bahasa Inggeris, Cikgu Ishak Hussin, berusia 80 tahun yang juga mengajar di SK Jeram.

“Terakhir, guru tokoh yang mengajar saya subjek Sejarah sehingga saya mencintai Sejarah iaitu Cikgu Wahid Kidam, berusia 76 tahun.

“Beliau mengajar saya di Sekolah Menengah Ghafar Baba dan beliau juga merupakan warden asrama dari usia saya tingkatan satu hingga tingkatan lima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1557
Kongsi :
Previous post Melaka buat permohonan baharu panjangkan landasan LTAM
Next post Melaka perintis laksana kajian tokoh di sebalik nama sekolah – Ketua Menteri
Ubah saiz-+=