Melaka catat penurunan tujuh peratus kes baharu COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

AYER KEROH 19 Nov – Kes baharu COVID-19 minggu pertama Melaka menjalani kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) merekodkan penurunan tujuh peratus dalam tempoh minggu epidemiologi (ME) ke-45 bermula 7 hingga 13 Nov lalu berbanding minggu sebelumnya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, peratusan itu menunjukkan daripada 1,400 kes (ME ke-44) menurun kepada 1,300 kes (ME ke-45).

“Purata kes aktif menunjukkan penurunan sebanyak 8.7 peratus iaitu daripada 3,075 kes (ME ke-44) kepada 2,809 kes (ME ke-45).

“Penurunan kes aktif ini dilihat konsisten sejak ME ke-40, kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak 33 peratus iaitu daripada enam kes (ME ke-44) kepada 4 kes (ME ke-45).

“Manakala purata tujuh hari kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi ( ICU) menunjukkan penurunan sebanyak 11.8peratus iaitu 17 kes (ME ke-44) kepada 15 kes (ME ke-4).

“Diikuti purata tujuh hari kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan menunjukkan penurunan sebanyak 14.3 peratus dari 7 kes (ME ke-44) ke ensm kes (ME ke-45),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, bagi nilai kebolehjangkitan (Rt) menurun dari 0.99 (95 peratus CI 0.95-0.97) pada akhir ME ke-44 ke 0.97 (95 peratus CI 1.04-1.06) pada akhir ME ke-45.

“Keadaan situasi COVID-19 Negeri Melaka masih belum stabil. Kadar insiden purata kes tujuh hari masih tinggi iaitu 19.9 per 100,000 penduduk pada ME 45.

“Kadar insiden jangkitan COVID-19 negeri ini bagi tempoh 14 hari 4 Nov sehingga 18 Nov 2021 adalah 290 per 100,000 penduduk dan menduduki tangga kelima tertinggi dalam kalangan negeri di Malaysia.

“Rt di Negeri Melaka menunjukkan tren tidak stabil dalam masa dua minggu, namun lebih rendah dari Rt Malaysia,” katanya.

Katanya bagaimanapun tren kematian menurun secara berterusan dari ME 36 sehingga kini.

“Manakala tren kes sembuh berterusan melebihi kes baru yang didaftarkan dari ME 37 sehingga kini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

544
Kongsi :
Previous post Anggota tentera didakwa cabul remaja perempuan di kedai vape
Next post 3,797 polis ‘berkawal’ di 217 pusat mengundi esok
Ubah saiz-+=