MELAKA CITRA FLORIA HAIR SHOW GAMIT LEBIH 12,000 PENGUNJUNG

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDA HILIR 20 Oktober – Lebih 12,000 pengunjung menyaksikan pelbagai persembahan menarik pada program Melaka Citra Floria Hair Show 2024, di Bangunan Stadthuys, di sini, malam tadi.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata kehadiran pengunjung itu direkodkan menerusi ‘audience tracking’ pada jam 9 malam.

Katanya, program tersebut telah dianjurkan oleh Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) dengan kerjasama MBMB.

“Program ini berkonsepkan pemeliharaan alam sekitar dan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga ekosistem.

“Program ini merangkumi pelbagai aktiviti seperti Hair Show Kontemporari bertemakan Avant Garde Flora dan Fauna dengan membawa kebaya sebagai busana yang merupakan hasil kerja pelajar Diploma Dandanan Rambut KKKM.

“Program ini turut melibatkan pelajar dari Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) dengan penyertaan lebih 1,000 orang,” katanya ketika berucap dan seterusnya merasmikan Melaka Citra Floria Hair Show 2024.

Hadir sama, Pengerusi Zon Melaka dan Negeri Sembilan POLYCC Hassan Mohd Sharif; Pengarah Kolej Komuniti Kota Melaka Noorazizah Abu serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Shadan berkata program tersebut juga sarat dengan pelbagai acara lain seperti pertandingan sukan rakyat, pameran POLYCC, persembahan kebudayaan, flash mob Senandung Anak Melaka dan pelbagai lagi.

“MBMB amat menggalakkan penganjuran program-program seumpama ini dalam membantu merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” jelasnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

615
Kongsi :
Previous post ORANG MELAKA HARAP LEBUH RAYA WCE BANTING – GELANG PATAH JADI REALITI
Next post SYUKUR, DAPAT LESEN DI USIA 55 TAHUN
Ubah saiz-+=