Melaka: Kerajaan buat keputusan minggu depan – PM

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR 8 Okt – Kerajaan belum membuat keputusan untuk menasihatkan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah yang menjalankan fungsi-fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri Melaka bagi menangguh Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan difahamkan Sultan Nazrin Shah akan menerima taklimat daripada beberapa pihak sebelum menimbang perkara itu.

“Belum lagi, tadi kita ada mesyuarat kabinet, kita bincang mengenai situasi di Melaka dan kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Sebab kita difahamkan yang Pemangku Yang di-Pertuan Agong (Sultan Nazrin Shah) akan mendapatkan taklimat daripada AG (Peguam Negara) KKM (Kementerian Kesihatan), SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) jadi kita tunggu taklimat itu kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi kita tunggulah selepas briefing kepada Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Kabinet akan membuat keputusan minggu depan,” katanya ketika ditemui media selepas majlis prapelancaran ‘Keluarga Malaysia’ di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai persoalanan sama ada kerajaan akan menasihatkan Sultan Nazrin Shah sekiranya darurat perlu diisytiharkan di Melaka bagi menangguhkan PRN negeri berkenaan.

Pada 4 Okt lepas DUN Melaka dibubarkan kerana kerajaan Melaka hilang majoriti dan berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dilaksanakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

514
Kongsi :
Previous post Norhizam enggan pulang hak kerajaan
Next post Surat nasihat bubar DUN dibuat ketika masih KM – Sulaiman
Ubah saiz-+=