Sorting by

×

Melaka lokasi pertukaran adat dan budaya

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

BANDA HILIR 20 Ogos – Melaka bukan sekadar destinasi pilihan pelancong asing, sebaliknya menjadi pusat pertukaran adat dan budaya antarabangsa.

Terbaharu seramai 109 murid dan pelajar berusia tujuh hingga 20 tahun dari Provinsi Riau, Indonesia dibawa ke negeri ini bagi memeriahkan lagi penganjuran Majlis Pertukaran Adat Budaya Negeri Melaka dan Delegasi Riau.

Program itu memartabatkan budaya dan adat Melayu itu berlansung di beberapa lokasi seperti Menara Taming Sari, pusat beli-belah AEON Bandaraya dan Auditorium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandar.

Pengerusi Perhubungan Program Pertukaran Adat Budaya, Talib Baba berkata, Melaka dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana negeri ini kaya dengan adat budaya dan warisan.

Beliau yang juga Pengurus Persatuan Sidang Melaka merangkap Sidang Parlimen Hang Tuah Jaya berkata, program dilaksanakan selama tiga hari berakhir dengan penganjuran Malam Gala di Auditorium UiTM Kampus Bandar Malam esok.

“Program pertukaran budaya bersama negara jiran akan dianjurkan jika ada permintaan, secara tidak langsung acara seperti ini mampu menarik minat orang muda untuk bersama-sama belajar mengenai adat, seni dan budaya,” katanya.

Talib berkata, demikian ketika ditemui pada Program Pertukaran Adat Provinsi Riau di Menara Taming Sari, semalam.

Sementara itu Ketua Dunia Melayu Dunia Islam Wilayah Riau, Datuk Ajis Manan berkata program itu bertujuan melestarikan budaya dan adat warisan yang semakin dilupakan.

“Objektif program adalah kita mahu lestarikan budaya, mendedahkannya kepada mereka (generasi muda) bagaimana budaya negara, pada masa hadapan kita boleh lestarikan budaya yang semakin ditelan zaman seperti zapin.

“Zapin ada pelbgai versi dan sudah tidak sama seperti dahulu, di melaka zapinnya lain.

“Jadi tujuan kami datang adalah untuk menggali bagaimana zapin di setiap tempat, buat kajian dan baharulah kita dapat melestarikan budaya zapin kepada generasi muda. Mereka yang akan menjadi ejen penyambung warisan seni dan budaya kita kelak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2609
Kongsi :
Previous post Wanita berihram kerjakan umrah masih dicari
Next post Liputan meluas 5G di Melaka September ini
Ubah saiz-+=