Melaka mampu capai sasaran imuniti kelompok jika bekalan mencukupi

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 7 Ogos – Melaka mampu mencapai sasaran imuniti berkelompok 40 peratus penerima vaksin 18 tahun ke atas menjelang penghujung bulan Ogos jika bekalan mencukupi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mencadangkan untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan bagi mempercepatkan proses vaksinasi di seluruh negara.

Jelasnya, pemberian vaksin ke negeri itu bagaimanapun perlu mengikut jadual sebagai mana dirancang sebelum ini yang menyasarkan imuniti kelompok bagi rakyat negeri Melaka menjelang penghujung Oktober.

“Sejumlah peruntukan yang agak besar (diluluskan) Yang Berhormat Perdana Menteri atas sifat keprihatinannya, beliau kata kita kena cari dan beli sahaja.

“Jadi, kalau ini dapat kita capai saya yakin program imunisasi seperti mana dijadualkan dapat kita selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Masjid Al-Alami di sini hari ini.

Hadir sama, Penasihat Agama Ketua Menteri, Datuk Kamarudin Sidek dan Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perkara itu bagaimanapun bergantung kepada bekalan vaksin daripada syarikat pengeluar.

“Insha-Allah kalau bekalan itu ada, kita mampu capai sebab itu saya kata kalau bekalan itu tiba mengikut jadial sebagaiman dirancang.

“Kalau bekalan tiada bermakna kadar vaksinasi lengkap bagi rakyat negeri akan ‘drag’ sehingga November,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1222
Kongsi :
Previous post Lebih 20 kedai di Jonker Street ‘gulung tikar’
Next post Melaka United FC tersungkur di Pulau Pinang
Ubah saiz-+=