Melaka mohon bina hospital baharu di Ayer Keroh

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 28 November – Kerajaan Negeri sudah memohon pembinaan sebuah hospital baharu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata, hospital baharu itu dicadang akan dibangunkan di Bandar Hijau Ayer Keroh dalam usaha mengatasi isu kesesakan di Hospital Melaka.

Jelas beliau, ia memandangkan, pada musim-musim tertentu, berlaku kesesakan di Hospital Melaka hingga menyebabkan berlakunya kekurangan katil untuk pesakit.

“Kita sudah mohon kepada KKM untuk membina satu hospital baharu di Ayer Keroh dan kini kita masih menunggu kelulusan di peringkat Persekutuan.

“Bagaimanapun kita difahamkan terpaksa menunggu sehingga empat atau lima tahun memandangkan ‘que’ sedia ada masih panjang.

“Namun, buat sementara waktu, kita sudah mempunyai satu blok baharu iaitu Blok Kenanga yang mempunyai 42 katil hasil sumbangan pihak swasta yang boleh menampung kekurangan bagi jangka masa pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, menjawab soalan tambahan Dr. Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) mengenai status kerja baik pulih lif Hospital Melaka, Hee Sem memaklumkan kerja-kerja pembaikan dijangka siap pada Disember ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1866
Kongsi :
Previous post Peperiksaan SPM percuma pelajar tahfiz di Pulau Besar
Next post (DIKEMASKINI) Panorama Melaka tambah bilangan bas tahun hadapan
Ubah saiz-+=