Sorting by

×

MELAKA REKOD HAMPIR 9 JUTA PELANCONG SETAKAT JULAI 2025

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 24 Ogos – Sektor pelancongan Melaka pada tahun ini terus menunjukkan perkembangan positif apabila merekodkan 8.89 juta pelancong setakat Januari hingga Julai 2025.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kebanjiran hampir sembilan juta pelancong itu telah membantu menjana hasil berjumlah RM4.48 bilion setakat ini.

Jelas beliau, tidak hanya itu, Melaka turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam sektor pelancongan antaranya meraih tiga anugerah utama pada Tourism Industry Award 2025 anjuran Malaysia International Tourism Development Association (MiTDA).

“Antara anugerah yang diterima adalah Best Melaka UNESCO Heritage Site Promotion oleh Bahagian Promosi Pelancongan Melaka; Best Iconic Tourist Attraction oleh Menara Taming Sari, dan Best City Budget Hotel oleh Queenspark Lovita Hotel, Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Ucapan Taat Setia Ketua Menteri Melaka pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Rasmi Hari Jadi Ke-76 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta lain-lain kenamaan.

Menurut Ketua Menteri, sepanjang 2024, Melaka telah berjaya merekodkan lebih 15 juta pelancong dengan hasil mencecah RM12.68 bilion.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

402
Kongsi :
Previous post TUN DR. MOHD ALI PUJI INISIATIF MELAKA DEKATI RAKYAT
Next post MELAKA BILA LARUT MALAM 2025 GAMIT 70,000 PENGUNJUNG