Melaka sedia langkah kawal kualiti air di empangan

Masa Membaca:55 Saat

ASAHAN 5 Ogos – Kerajaan negeri komited melaksanakan proses penambahbaikan ke atas empangan-empangan utama Melaka bagi memastikan kualiti air sentiasa mematuhi standard kualiti yang ditetapkan serta mengelakkan berlakunya henti tugas loji-loji air akibat daripada pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata pihaknya sentiasa menitikberatkan soal kualiti dan kuantiti air dalam usaha menjamin bekalan sentiasa mencukupi untuk rakyat di negeri ini.

Katanya, dalam lawatan yang diadakan di Empangan Asahan semalam, pihaknya turut telah ditunjukkan mengenai demonstrasi pengukuran kualiti air menggunakan
YSI Pro DSS 4-Port oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka.

“Lawatan yang diadakan ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu membabitkan kualiti air di empangan, termasuklah kaedah ‘in-situ’ mengukur kualiti air.

“Selain itu, melalui lawatan ini juga, turut dibincangkan mengenai penambahbaikan yang akan dilakukan oleh agensi berkaitan bagi memastikan kualiti dan kuantiti air terjamin dan mencukupi,” katanya.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Timbalan Pengerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Datuk Zaidi Attan bersama-sama agensi-agensi teknikal Kerajaan Negeri Melaka seperti Badan Kawal Selia Air (BKSA), SAMB dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Views:

398
Kongsi :
Previous post Pos Malaysia sedia alternatif susulan penggantungan sementara perkhidmatan antarabangsa
Next post MU dijenamakan sebagai MUFC
Ubah saiz-+=