MU dijenamakan sebagai MUFC

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

MELAKA United (MU) bakal dijenamakan sebagai Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC) bermula tahun depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Haji Sulaiman Md Ali dalam satu pengumuman khas, malam tadi.

Menurutnya, langkah penjenamaan itu dilakukan bagi membolehkan pasukan bola sepak Melaka menuju ke arah penswastaan yang juga merupakan syarat wajib ditetapkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam saingan Liga Malaysia tahun depan.

“Penswastaan sebagai kelab bola sepak diwajibkan FAM ke atas semua pasukan sebagai syarat wajib menyertai Liga Malaysia 2021 dengan semua pasukan khususnya pasukan bola sepak negeri tidak lagi bergantung kepada kerajaan mahupun persatuan sedia ada.

“Pasukan kebanggaan kita juga tidak ketinggalan ke arah penswastaan. Melaka United yang bakal dijenamakan sebagai Melaka United Football Club (MUFC) kini sedang dalam proses melengkapkan penswastaan dan pemisahan daripada MUSA kepada Football Club (FC),” katanya dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung di laman Facebook MUSA.

Pada masa sama, Sulaiman turut mengumumkan satu pertandingan mencipta logo baharu MUFC akan diadakan bermula 4 Ogos dan berakhir pada 20 Ogos depan.

Justeru, beliau menyeru semua anak Melaka, khususnya penyokong skuad Hang Tuah untuk menzahirkan rasa bangga, sayang dan cinta kepada pasukan untuk mencipta sebuah logo baharu yang akan digunakan pasukan bermula tahun hadapan.

Views:

344
Kongsi :
Previous post Melaka sedia langkah kawal kualiti air di empangan
Next post Belut hidangan eksotik
Ubah saiz-+=