Melaka tarik lebih ramai pelabur dalam industri aeroangkasa, minyak dan gas

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

AYER KEROH 29 Nov- Kerajaan negeri mahu menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini untuk meneroka bidang aeroangkasa (aerospace) dan industri minyak dan gas.

Exco Pelaburan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata bagi tujuan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) bersama Invest Melaka sedang mengkaji lebih terperinci mengenai industri itu bagi meningkatkan ekonomi negeri.

“PKNM dan Invest Melaka sedang mengkaji satu industri baru iaitu ‘aerospace’ untuk mencari para pelabur untuk melabur di Melaka.

“Ia susulan kejayaan CTRM (Syarikat Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd) yang menjadi pembekal komponen Syarikat Penerbangan Boeing di Batu Berendam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas membuat lawatan ke PKNM, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNM, Datuk Azmi Hussain.

AB Rauf (dua dari kiri) bersama Azmi (kiri) di pejabat PKNM di sini, hari ini

Sementara itu, mengulas mengenai industri minyak dan gas di Melaka, kata Rauf, PKNM Energy akan mempelopori minyak dan gas di sepanjang tiga batu nautika dari Umbai ke Kuala Linggi.

Beliau yang juga Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri berkata, industri minyak dan gas itu merupakan industri sokongan kepada industri marin yang sedang berkembang dalam negeri itu.

“PKNM Energy sedang meneroka bidang-bidang minyak dan gas ini dan mempelopori industri itu di sepanjang koridor tiga batu nautika sepanjang Umbai ke Kuala Linggi.

“Hal ini memberikan pulangan yang baik kepada kita (Melaka)

“Kita juga meneliti industri ini sebagai industri sokongan kepada industri marin yang sedang berkembang dalam negeri Melaka. Setiap perancangan akan diteliti dan diperincikan” katanya.

Dalam pada itu, Rauf berkata, PKNM berjaya membawa pelaburan masuk ke Melaka sebanyak RM3.4 bilion sepanjang tahun ini.

Jelasnya dengan perancangan yang teliti, PKNM yakin mampu mencapau sasaran RM5 bilion pada tahun hadapan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1303
Kongsi :
Previous post Masalah 200,000 warga asing tidak bekerja di Malaysia akan selesai akhir tahun ini
Next post PRN Sarawak: Lebih 9,000 pegawai, anggota polis akan diatur gerak – Timbalan KPN
Ubah saiz-+=