MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MACHAP JAYA 23 Ogos – Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selain pasukan keselamatan, Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada keperluan masyarakat di peringkat akar umbi.

Berikutan itu sebanyak RM15,000 diperuntukkan bagi penyediaan alat bantu kesihatan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Baru (JPKKB).

“Semenara itu RM1,500 disalurkan kepada tiga buah klinik kesihatan, iaitu Klinik Kesihatan Machap Baru, Klinik Kesihatan Tebong dan Klinik Kesihatan Hutan Percha.

“Manakala sumbangan peralatan dan barangan pelbagai guna bernilai RM3,000 diagihkan kepada enam Kawasan Rukun Tetangga  dalam DUN Machap Jaya,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota IPD Alor Gajah sempena Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di IPD Alor Gajah, hari ini.

Hadir sama Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri merangkap Penyelaras Program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Datuk Fairul Nizam Roslan serta Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Adun Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Yang turut hadir Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Azhan Samat, Pegawai Daerah Alor Gajah Datuk Sabrina Thalas, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim serta Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu.

Ab Rauf berkata, Kerajaan Negeri turut menyampaikan sumbangan tunai dan kit makanan kepada 15 orang penerima yang layak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

251
Kongsi :
Previous post ‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
Next post ‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF