Melaka tidak pernah benarkan kutipan caj parkir bazar Ramadan, Aidilfitri – EXCO

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 13 April – Mana-mana penganjur bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini tidak dibenarkan membuat sebarang pungutan bayaran parkir kereta kepada pengunjung.

EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Datuk Zaidi Attan berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana pihak atau individu untuk membuat sebarang pungutan yang menjadi bebanan kepada pengunjung bazar.

Katanya, mana-mana pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam negeri ini tidak pernah mengeluarkan lesen untuk mengutip bayaran parkir apatah lagi buat pengunjung yang sememangnya parkir dalam kotak parkir.

KUTIPAN tiket parkir kenderaan yang tidak dibenarkan.

“Kita dapati beberapa penganjur bazar di negeri ini khususnya di bazar-bazar mega mengenakan caj bayaran parkir kepada pengunjung dan di sini saya ingin tegaskan PBT tidak pernah membenarkan mana-mana agensi atau individu untuk membuat sebarang pungutan.

“Hal ini kerana kita berpandangan bazar-bazar ini untuk membantu peniaga di negeri ini untuk merancakkan lagi ekonomi negeri dan sebab itu kita tidak meletakkan syarat parkir sebagai syarat bazar Ramadan atau Aidilfitri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

ZAIDI

Mengulas lanjut, Zaidi menyifatkan pihak yang membuat pungutan caj parkir itu adalah individu tidak bertanggungjawab dan meminta pengunjung yang dipaksa untuk membayar caj tersebut memaklumkan kepada pihaknya.

“Kita akan ambil tindakan tegas kepada individu atau pihak yang tidak bertanggungjawab ini dan kita minta pengunjung untuk maklum pada kita sekiranya perkara sedemikian berlaku,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2480
Kongsi :
Previous post Hotel ada Eksekutif Halal layak dapat SPHM
Next post Melaka sudah sedia terima pelancong asing
Ubah saiz-+=