Hotel ada Eksekutif Halal layak dapat SPHM

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

BATU BERENDAM 13 April – Pemain industri perhotelan di Melaka perlu mempunyai seorang Eksekutif Halal yang kompeten bagi mendapatkan pensijilan halal Malaysia.

Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC), Haiqal Syukri Jantan berkata, ia menerusi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) yang ditetapkan untuk mendapatkan sijil tersebut.

“Sejak tahun 2020, MISDEC sebagai pusat latihan halal diiktiraf Majlis Profesional Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dab telah menjalankan Kursus Eksekutif Produk Halal (EPH) bagi melahirkan Eksekutif Halal yang kompeten seramai 70 orang bagi tahun 2020-2021.

“Seramai 49 orang daripada 70 pelatih kursus ini telah mendapat pekerjaan di dalam pelbagai jawatan dalam industri halal, manakala baki 21 orang masih dalam proses mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai.

“Ini sebagai langkah responsif terhadap ketegasan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) baru-baru ini memperingatkan kepada para pengusaha hotel yang ingin mengiklankan bufet Ramadan perlu memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di pejabatnya di MISDEC di sini, semalam.

Dalam pada itu, Haiqal berkata MISDEC mana-mana pemain industri perhotelan yang ingin mendapatkan Eksekutif Halal untuk hotel masing-masing boleh menghubungi MISDEC bagi proses temuduga calon.

“Pemain industri perhotelan di Melaka perlu ambil peluang ini bagi meningkatkan imej mereka dengan pensijilan halal.

“Ini kerana sijil yang diperoleh bukan saja memberi nilai ekonomi dengan menarik lebih ramai pelanggan untuk datang menikmati juadah tanpa was-was tetapi membantu kerajaan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“MISDEC sentiasa komited untuk melatih dan melahirkan pekerja berkemahiran dan bernilai tinggi memenuhi keperluan industri, kerjasama dengan pelbagai pihak akan diteruskan bagi memenuhi keperluan pekerja tempatan,” katanya.

Katanya bagi hotel yang ingin mendapatkan Eksekutif Halal mereka boleh menyertai kursus pendek selama 14 hari bagi mendapatkan sijil yang bertauliah daripada JAKIM.

“Kita juga ada buat kursus pendek yang mana mereka (pihak hotel) boleh sertai selama 14 hari untuk diberikan eksekutif halal yang bertauliah daripada JAKIM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1681
Kongsi :
Previous post Lebih 300 produk makanan, Hamidahku Industry bakal lebar sayap ke China
Next post Melaka tidak pernah benarkan kutipan caj parkir bazar Ramadan, Aidilfitri – EXCO
Ubah saiz-+=