Melaka tidak rancang teruskan jalan ‘glow in the dark’

Masa Membaca:59 Saat

SERI NEGERI 7 Mac – Tiada keperluan untuk meneruskan inisiatif garisan jalan ‘glow in the dark’ di Negeri Melaka, kata Exco Kerja Raya, kata Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer. 

Hameed berkata, ia berikutan, garisan jalan itu dilihat tidak begitu efektif memandangkan hasil kajian mendapati garisan berkenaan tidak begitu efektif untuk dipraktikkan di negeri ini. 

Jelas beliau, ia memandangkan hampir keseluruhan Negeri Melaka tiada sebarang jalan yang langsung tidak mempunyai pencahayaan atau dikategorikan sebagai gelap. 

“Garisan jalan ini hanya efektif di jalan yang betul-betul gelap dan di Melaka kita tiada langsung jalan seperti itu memandangkan hampir keseluruhan mempunyai cahaya, baik dari lampu jalan atau lampu-lampu rumah. 

“Garisan ini jika ada sedikit lampu sekali pun ia tidak membantu pencahayaan. Malah, melalui lampu kereta juga, garisan ini tidak begitu berfungsi. 

“Jadi, kita tidak bercadang untuk meneruskan inisiatif garisan jalan ‘glow in the dark’ ini di Negeri Melaka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

452
Kongsi :
Previous post Khidmat ‘job coach’ bantu OKU bekerja 
Next post Jelajah Usahawan Melaka diteruskan, fokus golongan belia
Ubah saiz-+=