Khidmat ‘job coach’ bantu OKU bekerja 

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 7 Mac – Kerajaan Negeri menyediakan Program Perkhidmatan ‘Job Coach’ bagi membantu orang kurang upaya (oku) di Melaka mendapat pekerjaan dalam pasaran terbuka.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, hasil daripada perkhidmatan ‘job coach’ dilaksanakan setakat ini seramai 24 OKU berjaya kekal bekerja.

“Job coach adalah individu mempunyai pengalaman dan profesional dalam memberi sokongan kepada OKU, ia diperkenalkan bagi menggalakkan pekerjaan kekal kepada OKU di pasaran kerja terbuka.

“Setiap OKU yang mendapatkan khidmat ini diberikan tempoh tiga hingga enam bulan untuk mendapatkan sokongan daripada ‘coach’ tersebut.

“Job coach ini juga individu berpengalaman memberi sokongan kepada OKU yang menjadi penghubung antara OKU itu sendiri dan bakal majikan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong) mengenai peluang pekerjaan anak OKU pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom berkata bagaimanapun setakat ini seramai 30 penyelia Program Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) telah mengikuti kursus asas ‘job coach’ tersebut.

“Perkhidmatan ‘job coach’ turut menyediakan elaun sebanyak RM15 sejam dan maksima sebanyak RM900 sebulan bagi mereka yang memberi sokongan pekerjaan kepada OKU,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

579
Kongsi :
Previous post Melaka mohon RM9 juta tambah lampu jalan
Next post Melaka tidak rancang teruskan jalan ‘glow in the dark’
Ubah saiz-+=