Melaka mohon RM9 juta tambah lampu jalan

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 7 Mac – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya telah membuat permohonan berjumlah RM9 juta kepada Kerajaan Persekutuan bagi menambah pemasangan lampu jalan di seluruh Negeri Melaka. 

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, permohonan tersebut telah disampaikan Ketua Menteri secara terus kepada Perdana Menteri pada lawatan kerjanya, baru-baru ini. 

Menurut beliau, antara kawasan diberi tumpuan ialah di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) yang mana terdapat 5.6 kilometer (km) masih tidak mempunyai pencahayaan lampu jalan.

“Pemasangan lampu di sepanjang 5.6km atau bersamaan 25 peratus daripada keseluruhan Lebuh SPA ini melibatkan peruntukan berjumlah RM2.1 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Mohd Aleef Yusof (PN-Sungai Udang) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hameed memaklumkan, bagi peruntukan 2023, JKR telah menerima peruntukan berjumlah RM4.5 juta bagi pemasangan lampu jalan. 

Namun, katanya, peruntukan tersebut tidak boleh difokuskan kepada Lebuh SPA sahaja, sebaliknya ia juga perlu difokuskan kepada jalan di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai lampu jalan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1034
Kongsi :
Previous post Peruntukan lebih RM20 juta untuk pembangunan OKU, anak istimewa Melaka
Next post Khidmat ‘job coach’ bantu OKU bekerja 
Ubah saiz-+=